thanks 4 coming!!

December 17, 2010

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk.


"skang ni ak rase sgt tertekan dsebabkan dpt smbung belajar kt kelantan n ak xnk dh mnjalani kehidupan kat sane,.xp skang ni ak cube n cube tok mgubah nasib ak n mcm2 jadi kt ak.,mugkin ini 1 ujian tok ak,bkn sume yg kite plan boley jd kenyataan n bukan sume yg kite nak boley dapat....pastu kakak ak share bnde ni kat ak n ak ase nk share kt kwn2 yg len coz ade gak mmber ak yg senasib ngan ak..pas bace bnde ni ase teringat lak kt ujian allah"
Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dahulu aku melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. Dia mahu menguji hambanya supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.
Dan aku tertanya, kenapa aku tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada aku?
Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?
Kemudian aku tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, aku sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari.
Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu.
Dan sekarang, mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah 'minta' dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan.
Susahnya kehidupan seorang pelajar.
Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.
Tetapi aku tahu. Allah tidak akan pernah menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini?
Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku.
Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, aku terpasa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.

November 28, 2010

weak heart




Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu


Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.


Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang






November 13, 2010

" im gonna mish u all "

kepada sume kwan2 kat uitm yg mengenali ak dari mule ak masuk uitm kelantan ni smpai sekarang..ak nk ucapkn selamat maju jaya pada korang pas ni...bdak TR103L,bdak kesat,klas BMDPB,BMDPA,BMDPC,BMDBA,BMDBB,bdak2 rugby,adik2 TDM yg gatal,bdak2 bola tmpar,kwn2 yg penah g overnite,dak2 junior yg kenal,ak,walaupn ak selalu tido kt mne2 tmpat yg ak pergi xp ak tetap sedar kehadiran korang lam hidup ak...xp xtaw la lau korang sedar ke tak kehadiran ak...kepada dak2 umah sewa,ak xkn lupe sume bnde yg kite wat  kt cni...kite dok umah sebumbung,mkn same2,msk same2,men perang2 telo,DOTA SEKALI,POKER SEKALI,g terengganu 3 mggu berturut2,sambut bfday ak yg dh lepas,g 7e tegah2 mlm,start dok umah sewa ak knl mcm2 kdai kt machang ni,kedai anak lawa,ex-anak lawa,rumbia,tom yam siam,xlupe jgak percutian kite yg plg gembira kat pulau perhentian,..terima kasih kat korang sume coz temankn ak kat kelatan ni selama ak ade kat cni dan bg bnyk kenagan indah kt cni...xlupe jgak dengan ilmu2 yg korang ajar ak..lau xde korang xtaw la ak jawab ape kt final 2 n thanks jgak kt korang yg selalu tegur salah silap ak yg terlalu bnyak 2 smpai ak sendiri pn xngat xp korang ingat ciap buat port vocab lg...ak xtaw lar berape lame ak hidup lg 10 thn kew 20thn kew,hmm spe la yg taw kn,n ak xpasti lg ak dpt jmpe korang sepnjang idup ak pasni xp ak pasti sume kenagan kite selame ni akan ak ingat sampai bile2....sory 4 evrything....